Wednesday, October 7, 2009

SAMBUTAN EIDULFITRI SRA BT 13 TAHUN 2009


13HB Okt. 2009/ Selasa
Hari yang dinanti telah pon tiba dan kami seluruh  warga SRA BT 13 telah menyambut lebaran dgn rasa hikmah dan gembira sekali pada tahun ini. Tahun ini sekolah telah berjaya menjayakan sambutan eidulfitri peringkat sekolah secara besar - besaran.Alhamdulillah berkat kerjasama semua guru-guru dan sponsor dari pelbagai syarikat telah membuat kan majlis sambutan eidulfitri kali ini begitu meriah sekali .Untuk sesi pagi banyak kami adakan acara dalam dewan contohnya seperti menyanyi lagu raya guru dan murid.menganyam ketupat untuk guru-guru, pakaian tercantik untuk murid dan guru dan juga sesi berbual bersama-sama murid tepilih . 

Untuk sesi petang  acara lebih meriah , melibatkan acara seperti pertandingan memasak rendang untuk murid perempuan darjah 6, Explore race raya untuk murid darjah 6 lelaki, pertandingan lagu raya untuk murid, baju raya tercantik , juga pertandingan menganyam ketupat untuk guru-guru dan sesi bual bicara raya bersama guru-guru didalam dewan. 

Lebih indah dan menarik pada sambutan raya kali ini kami adakan latar belakang didalam dewan seperti suasana kampung . Apa apa pon yang berlaku serta berlaku kekurangan pada majlis tersebut kami pihak sekolah akan perbaikinya akan datang kelak, insyaallah akan dtg akan diadakan yang lebih meriah. Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga untuk penyumbang hamper, guru-guru yang terlibat mengerah tenaga untuk menjayakan majlis ini.

GAMBAR-GAMBAR TERPILIH SEKITAR 
MAJLIS SAMBUTAN EIDULFIRTI PERINGKAT SEKOLAH .

in progress !! tungguuuuuu