Wednesday, October 7, 2009

SAMBUTAN EIDULFITRI SRA BT 13 TAHUN 2009


13HB Okt. 2009/ Selasa
Hari yang dinanti telah pon tiba dan kami seluruh  warga SRA BT 13 telah menyambut lebaran dgn rasa hikmah dan gembira sekali pada tahun ini. Tahun ini sekolah telah berjaya menjayakan sambutan eidulfitri peringkat sekolah secara besar - besaran.Alhamdulillah berkat kerjasama semua guru-guru dan sponsor dari pelbagai syarikat telah membuat kan majlis sambutan eidulfitri kali ini begitu meriah sekali .Untuk sesi pagi banyak kami adakan acara dalam dewan contohnya seperti menyanyi lagu raya guru dan murid.menganyam ketupat untuk guru-guru, pakaian tercantik untuk murid dan guru dan juga sesi berbual bersama-sama murid tepilih . 

Untuk sesi petang  acara lebih meriah , melibatkan acara seperti pertandingan memasak rendang untuk murid perempuan darjah 6, Explore race raya untuk murid darjah 6 lelaki, pertandingan lagu raya untuk murid, baju raya tercantik , juga pertandingan menganyam ketupat untuk guru-guru dan sesi bual bicara raya bersama guru-guru didalam dewan. 

Lebih indah dan menarik pada sambutan raya kali ini kami adakan latar belakang didalam dewan seperti suasana kampung . Apa apa pon yang berlaku serta berlaku kekurangan pada majlis tersebut kami pihak sekolah akan perbaikinya akan datang kelak, insyaallah akan dtg akan diadakan yang lebih meriah. Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga untuk penyumbang hamper, guru-guru yang terlibat mengerah tenaga untuk menjayakan majlis ini.

GAMBAR-GAMBAR TERPILIH SEKITAR 
MAJLIS SAMBUTAN EIDULFIRTI PERINGKAT SEKOLAH .

in progress !! tungguuuuuu


Monday, September 14, 2009

PSRA 2009..

14hb September 2009 isnin - 16hb September 2009 Rabu

Pada tarikh ini , murid-murid sedang gigih memerah otak untuk periksa besar kali kedua iaitu PSRA, setelah berhempas pulas dengan peperiksaan UPSR pada minggu sebelumnya .
Ermmm kesian kan !!

Apa-apa pon TAHNIAH!! kami pihak sekolah ucapkan kerana anda semua telah berjaya menghadapi dengan jayanya ..dan tunggu keputusannya ya ! harap harap sekolah kita adalah calon sekolah cemerlang 4 kali berturut insyaallah .. kita doa sama-sama.

APA KATA MEREKA ?

Komen dari Calon Mumtaz PSRA: M.Haziq b.Kamarudin
( Pengawas SRA bt 13 Puchong )
"Saya rasa agak gementar,happy,seronok. Alhamdulillah soalan-soalan ramalan banyak yang keluar, saya juga dapat menjawab dengan tenang tetapi kadang-kadang nak jawap tu tiba-tiba terlupa pulak ( hahahahah!!! ) . Harapan saya dalam peperiksaan ini saya
mendapat mumtaz 97% keatas insyaallah."

Komen dari Calon Mumtaz PSRA: M.Firdaus b. Norazhar
( Ketua Murid SRA bt 13 Puchong )
" Saya rasa gementar sikit dan ada soalan agak-agak rumit nak jawab dan perlu saya fikir panjang . Persediaan sebelum peperiksaan saya ada buat banyak ulangkaji pelajaranlah dan tidur yang cukup. Soalan 2 ramalan dan guru-guru juga banyak membantu saya lah untuk persediaan menghadapai peperiksaan ini . Insyaallah saya yakin dalam peperiksaan ini saya dapat mumtaz 97% keatas insyaallah ."

SEBELUM PEPERIKSAAN BERMULA !...

amboi nak periksa kejap lagi sempat berposing tu...!!!

"Amboi ape yang awak gelak sakan tu Hafiz?"
"Haziq tengah cari ape tu Haziq"

Ustzah Anita Sedang gigih mengasah pensil khas untuk anak2 murid beliau untuk pelajaran Khat ( guru contoh ni !! )
Ini lah hasilnya.... semoga usaha kita membantu pelajar-pelajar dalam peperiksaan akan mendapat balasan yang setimpal dgn usaha keras kita insyaallah

Script : Ustazah Rodziah
Picture capture and manage blog by : reezal

Sunday, September 13, 2009

SERONOKNYA RAMADHAN DI SRA BT 13 PUCHONG..

Tarikh : 10hb September 2009 / Khamis.

Pada tarikh ini telah di adakan majlis masak bubur lambuk .Objektif nya adalah untuk memeriahkan lagi suasana bulan Ramadhan yang sedang kita jalani .Bahan- bahan untuk masakan tersebut dibawa oleh murid-murid sendiri dan sumbangan dari pihak sekolah juga .Agenda masak- memasak pada sessi pagi telah diketuai oleh Ustazah Sarimah Yunus ( cheff SRA bt 13 Puchong ) dan pada sessi petang diketuai oleh Makcik Yah ( Tauke kantin SRA bt 13 puchong) ..Dari kiri : Ust. Rohana,Ust. Nurul Syazana dan Ust.Norrizah sedang menggoreng bawang

Guru Besar Tidak ketinggalan mengacau bubur lambuk
"kacau kak kacau !!"
Ustazah Nuzazmah sedang menyerahkan bungkusan bubur kepada murid-murid
"Lah jadi mcm tu sekali mengacau bubur "
Dari kiri : Ustazah Rodziah ( masak bubur pon nak posing lelebih ) dan Ustazah Paiezah Ishak

Wednesday, September 9, 2009

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM!....

Wah sra bat 13 dah buat blog sape yg manage ni ...Saya la shahrizal ...kalau saya tak buat sape nak buat saya jugak la yg nak buat sbb saya nak buat heheehe ape merepek ni .Saya buat buat blog ni pon atas kebenaran Guru besar juga kalau tak , dapat kebenaran susah juga nanti ape ape hal yg tertulis tak di ketahui oleh pihak sekolah bahaya kan ..

Objektif utama ialah ingin mengumpul akiviti dan mewar warkan aktiviti2 sekolah pada pelajar2 sekolah dulu dan kini..tiada lain semata untuk kita sama melihat perkembangan sekolah kita

Hopefully kepada student2 yg baca blog ni harap2 seronok dapat lihat perkembangan sekolah kita ..dan dapat mengetahui program2 yang telah dan akan sekolah anjurkan...tunggu update seterusnya ye..wassalam