Monday, September 14, 2009

PSRA 2009..

14hb September 2009 isnin - 16hb September 2009 Rabu

Pada tarikh ini , murid-murid sedang gigih memerah otak untuk periksa besar kali kedua iaitu PSRA, setelah berhempas pulas dengan peperiksaan UPSR pada minggu sebelumnya .
Ermmm kesian kan !!

Apa-apa pon TAHNIAH!! kami pihak sekolah ucapkan kerana anda semua telah berjaya menghadapi dengan jayanya ..dan tunggu keputusannya ya ! harap harap sekolah kita adalah calon sekolah cemerlang 4 kali berturut insyaallah .. kita doa sama-sama.

APA KATA MEREKA ?

Komen dari Calon Mumtaz PSRA: M.Haziq b.Kamarudin
( Pengawas SRA bt 13 Puchong )
"Saya rasa agak gementar,happy,seronok. Alhamdulillah soalan-soalan ramalan banyak yang keluar, saya juga dapat menjawab dengan tenang tetapi kadang-kadang nak jawap tu tiba-tiba terlupa pulak ( hahahahah!!! ) . Harapan saya dalam peperiksaan ini saya
mendapat mumtaz 97% keatas insyaallah."

Komen dari Calon Mumtaz PSRA: M.Firdaus b. Norazhar
( Ketua Murid SRA bt 13 Puchong )
" Saya rasa gementar sikit dan ada soalan agak-agak rumit nak jawab dan perlu saya fikir panjang . Persediaan sebelum peperiksaan saya ada buat banyak ulangkaji pelajaranlah dan tidur yang cukup. Soalan 2 ramalan dan guru-guru juga banyak membantu saya lah untuk persediaan menghadapai peperiksaan ini . Insyaallah saya yakin dalam peperiksaan ini saya dapat mumtaz 97% keatas insyaallah ."

SEBELUM PEPERIKSAAN BERMULA !...

amboi nak periksa kejap lagi sempat berposing tu...!!!

"Amboi ape yang awak gelak sakan tu Hafiz?"
"Haziq tengah cari ape tu Haziq"

Ustzah Anita Sedang gigih mengasah pensil khas untuk anak2 murid beliau untuk pelajaran Khat ( guru contoh ni !! )
Ini lah hasilnya.... semoga usaha kita membantu pelajar-pelajar dalam peperiksaan akan mendapat balasan yang setimpal dgn usaha keras kita insyaallah

Script : Ustazah Rodziah
Picture capture and manage blog by : reezal

No comments:

Post a Comment